Monday, July 30, 2007

soalan popular musim panas ini!

setelah 2 bulan bercuti (skrg tinggal sebulan sahaja lagi!) dan dah hampir jumpa semua orang yg nk dijumpa, saya perasan ada beberapa soalan yang sama yang selalu ditanya bila berjumpa. kadang2 rasa dah bosan menjawab tapi apa nak buat? jawab saja la. di sini saya ingin berkongsi soalan2 itu.

bila nak balik dublin?

sejuk tak sana?

dah ada boyfriend belum?

have you found your other half?

kenapa nampak kurus ni?


ok, kenapa soalan2 mcm ni ditanya saya tak tau, tapi rasanya orang berharap bila saya belajar di negara orang, saya akan bertemu dengan teman hidup saya, rasa selesa dengan keadaan masyarakat and tak mengalami masalah tak cukup makan. jadi nak lah saya menjelaskan kat sini 3 benda kat atas ni

1.bahawa teman hidup aka jodoh tu saya yakin dengan janji Allah: ..perempuan yang baik2 utk lelaki yang baik2, lelaki yang baik2 utk perempuan yg baik.. (An-Nur:26) jadi tak perlulah risau cari. satu benda yang saya belajar ialah carilah orang yang sayang dirimu kerana Allah dan bukan kerana sebab anda cun melecun atau duit berterabur sana sini atau simply just desperate takut kelak tak dapat jumpa orang yang sesuai. if tak ada boypren pun, kita kena ingatla mungkin keadaan ni lebih baik untuk kita. Allah knows..

2. keadaan masyarakat di sana mmg saya senangi. tapi kecuali bila diorang dah mula telan berpint2 guinness yang mmg jual mcm teh tarik kat malaysia ni. tapi belajar di seberang laut ni mmg membuka mata saya. setiap bangsa atau kaum di dunia ni mmg ada pros and cons dia. jadi kita ambikla yang baik, contoh cam jangan nak berlagak macho la kat jalan raya tu, sebab yang bawa bas aka kenderaan awam dan pejalan kaki lagi terrer sebenarnya

3. bukan tak cukup makan. tak cukup duit. each time berbelanja memang kena jaga. sekali terlebih soping kat dublin macam minah2 malaysia ni waktu megasale, mmg ikat perut la sampai duit elaun masuk yang kadang2 tak masuk on time. but kalau nak buat budget, saya akan pastikan makanan and printing diberi keutamaan. alhamdulilah itu pun dah cukup bagi saya tapi dengan sewa rumah yang tinggi lepas bulan ni, saya tak tau la boleh tahan lama tak? ntah2 boleh capai size zero mcm victoria! ok2 tukar2, SEWA RUMAH, makanan dan printing diberi keutamaan! darn..

1 Comments:

At 9:08 PM , Blogger SoFie NuR said...

ehmm...tu memang soalan wajib bile dah lame x jumpe...kekadang tu rase cam malas dah nk jawab tapi sebab nk jaga hati,jawab la jugak........hihi

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home